Saturday, 2 June 2012
Friday, 1 June 2012
Mengenali Perawakan Rasulullah

Oleh: Ustaz Shauqi
Saban
tahun majlis sambutan maulidurrasul biasanya akan disambut dengan
begitu meriah dengan selawat ke atas nabi secara beramai-ramai, majlis
berzanji, mengadakan jamuan makan dan sebagainya. Namun, secara sedar
atau pun tidak, di sebalik kehangatan sambutan tersebut, berapa ramaikah
yang benar-benar mengenali Rasulullah? Berapa ramaikah juga yang
memahami isi kandungan berzanji yang dialunkan dengan begitu merdu yang
menceritakan tentang kehidupan nabi itu? Sedangkan umat Islam mengetahui
bahawa dengan kelahiran Rasulullah ke atas dunia ini, ia membawa sejuta
rahmat kepada umat manusia keseluruhannya. Allah s.w.t sendiri telah
menyatakan dalam al-Quran Surah al-Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud: ‘Tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam’.
Sesuatu
yang tidak diragukan lagi bahawa Rasulullah s.a.w. telah diutus untuk
memimpin ummah. Baginda merupakan contoh terbaik yang bersifat universal
iaitu keseluruhan hidup Junjungan dapat dijadikan ikutan dan contoh di
sepanjang zaman. Dalam hal ini, Allah s.w.t telah menyatakan dalam
al-Quran, Surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud : ‘Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu’.
Rasulullah s.a.w. adalah merupakan pemimpin ummah yang boleh diikuti
dan dicontohi dalam segenap kehidupan; peribadi yang luhur dan murni,
seorang manusia yang sentiasa menyeru kepada jalan Allah dengan penuh
hikmah, seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan
amanah dan cekap, seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak
menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia,
seorang jiran yang memahami jirannya, dan lain-lain lagi. Jelasnya,
kepemimpinan Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda.
Di
samping memiliki akhlak dan keperibadian yang tinggi, Rasulullah saw
juga merupakan seorang insan yang mempunyai perawakan yang menarik dan
cantik. Walaupun rupa paras bukanlah menjadi suatu tuntutan untuk
diikuti dan diteladani kerana ia merupakan anugerah Allah swt secara
khusus kepada setiap makhlukNya, namun apabila dapat mengenali perawakan
seseorang, maka akan bertambah rasa kasih dan dekat padanya. Justeru,
pepatah Melayu telah menyatakan 'Tak kenal, maka tak cinta'.
Mengenali
perawakan Rasulullah juga akan menghindarkan diri daripada tertipu
dengan mainan dan tipu daya syaitan. Pernahkah kita mendengar ada orang
berkata bahawa dia bermimpi bertemu Rasulullah? Memang bermimpi bertemu
dengan Rasulullah merupakan sesuatu yang istimewa. Menurut para ulama',
terdapat tiga kategori bagi mimpi iaitu:
- Mimpi baik daripada Allah
- Mimpi buruk daripada syaitan
- Mimpi yang terjadi hasil fikiran yang menghantui diri mengenai sesuatu perkara.
Bermimpi
bertemu Rasulullah termasuk dalam kategori yang pertama iaitu mimpi
baik daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: Sesiapa yang melihatku di
dalam mimpi, maka sesungguhnya benarlah dia melihat diriku kerana
syaitan tidak dapat menyerupaiku'.
Namun,
sesuatu yang harus diberi perhatian ialah walaupun syaitan tidak boleh
menyerupai Rasulullah, tetapi ia boleh menyerupai manusia lain seperti
Abu Jahal, Abu Lahab dan sebagainya, dan mendakwa sebagai Rasulullah.
Justeru, untuk mengatasi masalah ditipu dan diperdaya oleh syaitan, maka
umat Islam perlu mengenali perawakan dan rupa bentuk Rasulullah saw.
Imam
Abu 'Isa Muhammad Ibn Isa al-Tirmidhi telah menyatakan bahawa adalah di
luar kemampuan manusia untuk melukis gambaran mengenai rupa bentuk
Rasulullah saw. Namun begitu, para sahabat yang amat kasih dan cinta
kepada Rasulullah telah sedaya upaya menggambarkan kepada kita tentang
perawakan Rasulullah saw ini. Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa
keseluruhan kekacakan Rasulullah tidaklah dizahirkan, sekiranya
dizahirkan manusia tidak dapat menoleh sedikit pandangan pun ke arah
baginda.
Telah dinyatakan dalam kitab al-Syifa Bita'rif Huquq al-Mustafa
oleh al-Qadi 'Iyad al-Andalusi bahawa terdapat hadis-hadis dan
athar-athar sahih yang banyak didatangkan oleh para sahabat tentang
perawakan nabi saw. Antara sahabat yang menceritakan tentang rupa bentuk
Rasulullah ialah Ali Bin Abu Talib, Anas Bin Malik, Abu Hurairah,
al-Barra' Bin 'Azib, Aisyah Ummul mukminin, Ibnu Abbas, Abu Tufail dan
lain-lain lagi. Antara gambaran Rasulullah yang telah dinyatakan oleh
para sahabat ialah kulitnya yang putih, mata yang cantik, rambut yang
lebat, wajah yang bersinar, bulu kening halus memanjang hingga ke
penghujung mata, hidung yang mancung, janggut yang tebal hingga ke dada,
dada yang bidang, sederhana tinggi iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak
terlalu rendah, apabila bercakap seolah-olah cahaya keluar dari gigi
baginda dan lain-lain lagi (Sila rujuk kitab al-Syifa oleh al-Qadi 'Iyad, 1986, cetakan Dar al-Faiha', Amman, juzuk 1 halaman 147-149).
Al-Barra'
Bin 'Azib berkata bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapa yang
terlebih tampan daripada Rasulullah saw. Jabir pula telah meriwayatkan
bahawa pada suatu ketika semasa malam bulan purnama terang-benderang,
beliau melihat kepada wajah Rasulullah dan juga melihat ke arah bulan,
dan mengikut pandangannya wajah Rasulullah terlebih cantik dan berseri
daripada bulan dan cahayanya.
Anas
pernah berkata bahawa: 'Rasulullah saw tidaklah tersangat tinggi dan
tidak juga tersangat rendah, dan warna wajah Rasulullah tidaklah terlalu
putih seumpama air kapur dan tidak pula pucat pudar (warna kulit putih
kemerahan), rambut Rasulullah tidaklah terlalu lurus dan tidak pula
terlalu kerinting (rambut ikal mayang)….dan uban yang ada pada rambut
dan janggutnya tidak melebihi dua puluh helai'.
Manakala
Saidina Ali pula ketika menceritakan perawakan Rasulullah saw, beliau
berkata: 'Rasulullah tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersangat
rendah tetapi memiliki tubuh badan sederhana, rambut baginda tidak
terlampau lurus dan tidak juga terlampau berketak-ketak tetapi
berkeadaan berombak (ikal). Badannya tidak gemuk. Wajahnya tidak bulat
tetapi bujur. Warna wajah Rasulullah putih dengan sedikit
kemerah-merahan. Matanya tersangat hitam dan bulu keningnya panjang.
Tulang-tulang sendi di badannya tebal (besar)- (pergelangan tangan,
siku, lutut). Bahagian di antara kedua-dua bahu dipenuhi daging-daging
(berisi). Badan Rasulullah tidak berbulu di seluruh tubuh badan, walau
bagaimanapun terdapat suatu garisan bulu daripada dada terus ke pusat.
Tangannya yang mulia penuh dengan isi-isi daging. Apabila Rasulullah
berjalan, baginda akan melangkah ke hadapan dengan kukuhnya,
seoalah-olah baginda berjalan menuruni tanah curam, iaitu menuruni dari
tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Apabila baginda menumpukan
perhatian kepada seseorang, baginda melakukannya dengan seluruh jasadnya
(memusingkan seluruh tubuh dan menoleh mukanya). Di antara dua bahunya
terdapat tanda kenabian. Pangkat kenabian berakhir padanya. Baginda
terlebih dermawan daripada segala makhluk dan paling dipercayai
percakapannya dan terlebih lembut hatinya daripada semua manusia.
Baginda adalah daripada golongan keluarga yang paling mulia'. (Sila rujuk kitab Insan Teladan Sepanjang Zaman oleh Mufti Ahmed Ibrahim Bemat, 1996, cetakan Dar al-Nu'man, halaman 10-11).
Kitab-kitab
sirah juga menggambarkan Rasulullah sebagai insan yang paras mukanya
manis dan indah, tidak terlampau tinggi, juga tidak pendek, dengan
bentuk kepala yang besar, berambut hitam antara keriting dan lurus.
Dahinya lebar dan rata di atas sepasang alis yang lengkung lebat dan
bertaut, sepasang matanya lebar dan hitam, di tepi-tepi putih matanya
agak kemerah-merahan, tampak lebih menarik dan kuat, pandangan matanya
tajam, dengan bulu-mata yang hitam pekat. Hidungnya halus dan merata
dengan barisan gigi yang bercelah-celah. Jambangnya lebar sekali,
berleher panjang dan indah. Dadanya lebar dengan kedua bahu yang bidang.
Warna kulitnya terang dan jernih dengan kedua telapak tangan dan
kakinya yang tebal. Bila berjalan badannya agak condong ke depan,
melangkah cepat-cepat dan pasti. Air mukanya membayangkan renungan dan
penuh fikiran, pandangan matanya menunjukkan kewibawaan, membuat orang
patuh kepadanya.
Ringkasnya perawakan Rasulullah adalah seperti yang berikut:
- Seorang yang kacak.
- Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan, Rasulullah saw juga seumpama matahari yang bersinar.
- Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama . Kali pertama memandangnya, sudah tentu akan terpesona
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. Wajahnya seperti bulan purnama
- Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya.
- Hidungnya agak mancung
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
- Janggutnya penuh dan tebal menawan
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak yang sangat indah.
- Kepalanya besar tapi elok bentuknya
- Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal sehingga kadang-kala menyentuh pangkal telinga dan kadang-kala mencecah bahu, namun ia disisir rapi. Rambutnya juga terbelah di tengah
- Di tubuhnya tidak banyak bulu kecuali satu garisan bulu menganjur dari dada ke pusat
- Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa. Kedudukan kedua-dua bahunya adalah seimbang.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik. Tapak tangan Rasulullah saw amat lembut
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
- Badannya tidak gemuk. Perutnya tidak buncit
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. Namun begitu, badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
- Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.
Kisah Bilal

BILAL
bin Rabah atau nama lengkapnya Bilal bin Rabah Al-Habasyi dan beliau
biasa dipanggil dengan gelaran Muadzzin Ar-Rasul. Beliau memiliki tubuh
yang tinggi, kurus, kulitnya berwarna coklat, pelipisnya tipis, dan
rambutnya lebat. Ibunya pula adalah hamba kepada Umaiyah bin Khalaf .
Saidina Bilal telah dilahirkan di Al-Sarah sekitar 43 tahun sebelum peristiwa hijrah. Bapanya bernama Rabah dan ibunya pula bernama Hamamah.
Ibunya adalah seorang amah iaitu hamba perempuan yang berkulit hitam.
Oleh yang demikian Bilal juga dipanggil oleh sebahagian masyarakatnya
dengan panggilan Ibnu Al-Sauda’ yang bererti Anak Si Hitam.
Beliau membesar di Ummul Qura (Makkah) dan menjadi hamba kepada salah seorang pembesar yang kafir. Sebaik sahaja terpancarnya sinar Islam di Makkah yang dibawa oleh Rasul yang agung dengan kalimah tauhid, Saidina Bilal adalah diantara orang yang terawal mengucap dua kalimah syahadah. Pada masa itu, yang terawal menerima Islam hanyalah Ummul Mukminin Khadijah Binti Khuwailid, Abu Bakar Al-Siddiq, Ali Bin Abi Talib, Ammar Bin Yasir beserta ibunya iaitu Sumaiyah, Sohaib Al-Rumi, dan Al-Miqdad Bin Al-Aswad.
Apabila beliau mendengar Islam daripada risalah yang dibawa Rasulullah s.a.w, lalu beliau menemui Rasulullah s.a.w dan mengikrarkan dirinya memeluk agama Islam.Bukan sedikit kesakitan yang telah beliau alami, dan lebih ‘istimewa’ lagi ialah cubaan yang beliau terima tidak pernah dilalui oleh orang lain. Ketabahan beliau dan beberapa orang lagi dari golongan mustadh’afin (golongan lemah) tidak dapat ditandingi. Para pembesar Quraisy yang menyeksa mereka sebenarnya ingin memberikan ‘pengajaran’ kepada orang lain agar jangan sekali-kali mengambil risiko untuk mendekati Rasulullah SAW.
Apabila matahari mencacak di langit, batu-batu di padang pasir juga telah membahang, dilucutkan pakaian yang menutupi tubuh mereka, kemudian dipakaikan pula dengan baju yang diperbuat daripada besi, lalu mereka dijemur di tengah-tengah terik mentari. Belakang tubuh mereka disebat dengan cemeti, dan disuruh pula agar mencemuh dan mengutuk Muhammad.
Sebahagian daripada golongan yang lemah dan tidak berdaya ini tidak mampu menanggung azab yang semakin berganda, menyebabkan mereka terpaksa juga mengutuk Nabi dalam keadaan kesal dan hati mereka masih lagi bergantung harap kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi Saidina Bilal tetap tidak berganjak. Jiwanya sudah diserahkan bulat-bulat kepada Allah azza wajalla.
Orang yang bertanggungjawab menyeksa Bilal ini ialah Umaiyah Bin Khalaf bersama konco-konconya. Setiap sebatan mereka disambut oleh Bilal dengan kalimah “Ahad, Ahad” yang bermaksud “Esa, Esa”. Batu besar yang diletakkan di atas dada beliau juga diterima dengan kalimah “Ahad, Ahad”. Semakin dahsyat seksaan yang ‘dihadiahkan’, kalimah yang sama akan terpacul dari mulut beliau, “Ahad, Ahad”. Mereka memaksanya agar menyebut perkataan “Al-Laata dan Al-‘Uzza”, namun “Allah dan RasulNya” pula yang terbit dari bibirnya.
Sekiranya
Umaiyah Bin Khalaf berasa jemu dan letih mengazab Bilal, maka leher
Bilal akan dijerut dengan tali yang besar lalu diserahkan kepada
golongan yang terencat akal dan kanak-kanak kemudian disuruh agar
menarik beliau berarak keliling Makkah.
Tidak sanggup melihat penderitaan ini, Saidina Abu Bakar telah membuat penawaran untuk membeli Bilal. Umaiyah Bin Khalaf pula telah mengambil kesempatan dengan meletakkan harga yang tinggi, harapannya agar Abu Bakar tidak jadi membelinya, namun sangkaan Umaiyah ternyata meleset.
Sebaik sahaja Allah SWT mengizinkan NabiNya untuk pergi berhijrah ke Madinah, Saidina Bilal turut menyertai hijrah ini walaupun hatinya sangat cinta dan sayangkan bumi Makkah yang mempunyai jutaan memori yang sukar dilupakan. Di Yathrib, beliau selamat daripada sebarang kejahatan Quraisy dan dapat meluangkan sepenuh masa untuk bersama-sama dengan kekasihnya Muhammad SAW. Ke mana jua Nabi bergerak, akan kelihatanlah susuk tubuh Bilal di samping baginda. Tatkala Nabi SAW mendirikan masjidnya di Madinah dan disyariatkan azan, Bilal adalah orang yang pertama melaungkan azan dalam sejarah Islam.
Saidina Bilal turut terlibat dalam peperangan Badar dan telah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Allah SWT mengotakan janjiNya dan menolong para tenteraNya. Beliau telah menyaksikan sendiri individu-individu yang terlibat dalam penyeksaan ke atas dirinya seperti Abu Jahal, Umaiyah Bin Khalaf dan lain-lain lagi putus nyawa mereka dengan pedang tentera muslimin.
Ketika
peristiwa pembukaan Kota Makkah, Rasulullah SAW telah mengajak tiga
orang sahabat baginda untuk memasuki Ka’bah yang terdiri daripada Uthman Bin Tolhah selaku pemegang kunci-kunci Ka’bah yang mulia, Usamah Bin Zaid
iaitu orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW, dan Bilal Bin
Rabah selaku tukang azan baginda SAW. Rasulullah SAW telah memerintahkan
Bilal agar menaiki Ka’bah dan melaungkan azan sebagai simbol
kemenangan.
Bilal terus konsisten menjadi tukang azan sepanjang hayat Rasulullah SAW. Bahkan baginda sendiri sering merindui suaranya yang pernah merasai penderitaan yang dahsyat sambil melaungkan kalimah “Ahad, Ahad”. Setelah Rasulullah SAW ‘berpindah’ kepada Temannya Yang Maha Tinggi, dan tibanya waktu solat, Bilal pun berdiri untuk melaungkan azan sedangkan ketika itu jasad Nabi SAW masih lagi berbalut dan belum dikebumikan. Apabila sampai pada ungkapan أشهد أن محمدا رسول الله , suaranya tersekat-sekat, sebak di dadanya berombak-ombak menyebabkan semua umat Islam yang ada ketika itu turut menitiskan air mata dan mereka tenggelam dalam kesedihan yang amat sangat.
Bilal terus konsisten menjadi tukang azan sepanjang hayat Rasulullah SAW. Bahkan baginda sendiri sering merindui suaranya yang pernah merasai penderitaan yang dahsyat sambil melaungkan kalimah “Ahad, Ahad”. Setelah Rasulullah SAW ‘berpindah’ kepada Temannya Yang Maha Tinggi, dan tibanya waktu solat, Bilal pun berdiri untuk melaungkan azan sedangkan ketika itu jasad Nabi SAW masih lagi berbalut dan belum dikebumikan. Apabila sampai pada ungkapan أشهد أن محمدا رسول الله , suaranya tersekat-sekat, sebak di dadanya berombak-ombak menyebabkan semua umat Islam yang ada ketika itu turut menitiskan air mata dan mereka tenggelam dalam kesedihan yang amat sangat.
Beliau hanya melaungkan azan selama tiga hari sahaja selepas itu kerana setiap kali tiba pada kalimah أشهد أن محمدا رسول الله
beliau akan menangis dan terus menangis. Oleh sebab itu, beliau telah
meminta kebenaran daripada Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq agar tidak lagi
melaungkan azan kerana tidak sanggup lagi menahan kesedihan. Sekaligus
memohon keizinan untuk menyertai jihad di jalan Allah dan melazimi
perjuangan menentang musuh-musuh Allah di bumi Syam. Pada mulanya, Abu
Bakar keberatan untuk memberikan keizinan tersebut kerana Bilal akan
meninggalkan bumi Madinah, akan tetapi selepas mendengar kata-kata Bilal
yang berbunyi, “Sekiranya dahulu
tuan membeli saya untuk kepentingan diri tuan, maka tahanlah saya.
Tetapi jika tuan telah membebaskan saya dahulu kerana Allah, maka
biarkanlah saya menuju kepadaNya”, barulah diizinkannya.
Setelah Bilal meninggalkan Madinah, beliau telah menetap di Daraiya berhampiran dengan Damsyiq. Semenjak itu, beliau tidak lagi melaungkan azan sehinggalah kedatangan Saidina Umar Al-Khattab ke bumi Syam dan bertemu dengan beliau sejak sekian lama tidak bersua. Umar sangat merindui sahabat nabi ini, sehinggakan apabila disebut nama Abu Bakar di hadapannya, maka beliau akan berkata, “Abu Bakar adalah tuan kita, dan dia juga telah memerdekakan tuan kita” yang dimaksudkan dengan ‘tuan kita’ yang kedua ialah Bilal Bin Rabah.
Di Syam, para sahabat telah memujuk agar Bilal mengumandangkan azan di hadapan Umar. Maka apabila Bilal mula melaungkan azan, bercucuranlah air mata Umar dan hal yang sama juga berlaku kepada para sahabat sehingga basah lencun janggut mereka dengan air mata. Sesungguhnya Saidina Bilal telah membangkitkan kembali kerinduan mereka terhadap kenangan-kenangan indah di Madinah Al-Munawwarah bersama dengan Rasulullah SAW.
Beliau meriwayatkan 44 hadis daripada Rasulullah s.a.w. Di antaranya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kalian menunaikan solat malam (tahajjud), kerana solat malam adalah tradisi (kebiasaan) orang-orang soleh sebelum kalian, dan sesungguhnya solat malam adalah amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, dapat mencegah dari perbuatan dosa, mengampuni dosa-dosa kecil, dan menghilangkan penyakit badan.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi).
Bilal bin Rabah menolak untuk menjadi muazzin bagi seseorang selepas wafatnya Rasulullah s.a.w.
‘Penyeru Langit’ ini terus bermukim di Damsyiq sehinggalah penghujung hayatnya. Pada saat-saat terakhir beliau, acapkali isteri yang berada di sampingnya berteriak, “Aduhai, alangkah sedihnya!!”, beliau pun segera membuka matanya dan berkata, “Oh, alangkah gembiranya”. Kemudian perkataan-perkataan terakhir yang terpacul dari mulutnya dan diulang berkali-kali ialah, “Esok, aku akan bertemu dengan kekasih-kekasih... Muhammad dan para sahabatnya, esok aku akan bertemu dengan kekasih-kekasih... Muhammad dan para sahabatnya”
Bilal bin Rabah dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah, dan ada riwayat menyebut bahawa beliau dimakamkan di Halb.
Demikianlah
kisah hidup seorang sahabat Nabi SAW yang hebat peribadinya. Kasih dan
cintanya kepada Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya. Sungguhpun
di awal diari kehidupannya bersama Islam melalui pelbagai onak duri yang
tidak terperi, namun di akhir hayatnya kegembiraan dan kebahagiaan pula
yang dinikmati. Tidakkah kita cemburu dengan beliau?
Ibu Teladan Asma' Binti Abu Bakar As Siddiq, Dzatun Nithaqain
“Ya
Allah! Kasihanilah dia kerana solat yang panjang diselangi tangisan di
tengah kedinginan malam yang sepi, ketika orang-orang lain sedang
nyenyak dibuai mimpi. Ya Allah! Kasihanilah dia yang sering menahan
lapar dan dahaga ketika bertugas jauh dari Madinah atau Mekah dalam
menunaikan ibadah puasa kepadaMu. Ya Allah! Aku menyerahkannya di bawah
pemeliharaanMu, aku redha dengan apa yang telah Engkau tetapkan bagiku
dan baginya, dan berilah kami pahala orang-orang yang sabar...!" [Doa
Asma' radhiallahu anha buat puteranya, Abdullah bin Zubair]
Asma'
binti Abu Bakar As-siddiq, saudara kepada Aisyah Ummul Mukminin (isteri
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam), puteri kepada sahabat
Rasulullah yang mulia, Saidina Abu Bakar As-siddiq, isteri Zubair bin
Awwam, pejuang dan tokoh Islam yang mengutamakan redha Allah di dalam
perjuangannya, Merupakan seorang wanita muhajir yang mulia dan bonda
kepada Abdullah bin Zubair, salah seorang pejuang yang gugur
mempertahankan agamanya, dan sesungguhnya kedudukannya ini cukup untuk
mengangkat darjat beliau ke tempat yang tinggi, mulia dan terpuji.
Peribadinya dirahmati Allah dengan keistimewaan yang sangat menonjol,
setanding dengan para Muslimin di ketika itu, cerdas, cerdik, lincah,
pemurah dan berani.
Kedermawanan
beliau dapat dilihat jelas melalui ucapan anaknya," Aku belum pernah
melihat wanita yang sangat pemurah melebihi ibuku termasuk Aisyah
Radhiallahu anha. Beliau (Aisyah) mengumpulkan apa yang diperolehinya
sedikit demi sedikit, lantas setelah itu barulah dinafkahkannya kepada
mereka yang memerlukannya. Sedangkan ibuku, dia tidak pernah menyimpan
sedikit pun sehingga hari esok"
Kebijaksanaan Dzatun Nithaqain
Kecemerlangan
berfikir Asma Radhiallahu anha terpancar dari sikapnya yang penuh
prihatin dan perhitungan yang bijaksana. Peristiwa Hijrah Abu Bakar
menyaksikan pengorbanan seorang sahabat demi Islam, tidak meninggalkan
sesen pun harta untuk keluarganya melainkan dibelanjakan keseluruhannya
untuk Allah dan rasulNya. Ketika Abu Quhafah (ayah kepada
Abu Bakar radhiallahu anhu) yang masih musyrik menemui keluarganya,
beliau berkata kepada Asma',
"Demi Allah! Tentu ayahmu telah mengecewakanmu dengan hartanya, di samping akan menyusahkanmu dengan pemergiannya!". Jawab
wanita yang mulia ini, "Tidak wahai datuk! sekali-kali tidak! Beliau
banyak meninggalkan wang buat kami" ujarnya sambil menghibur dan
menenangkan datuknya. Dikumpulkannya batu-batu kerikil yang kemudiannya
dimasukkan ke dalam lubang tempat kebiasaannya menyimpan wang. Kemudian
dibawakan datuknya yang buta itu ke tempat simpanan tersebut, lantas
berkata, "Lihatlah datukku! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami!".
Perkataan tersebut ternyata berjaya meyakinkan Abu Quhafah. Maksud
perbuatan tersebut adalah untuk menyenangkan hati datuknya, agar tidak
bersusah hati memikirkan hal tersebut. Malah, Asma' juga
tidak menginginkan bantuan dari orang musyrik meskipun datuknya sendiri.
Inilah bukti yang menunjukkan besarnya perhatian beliau terhadap dakwah
dan kepentingan kaum Muslimin.
Diberi
julukan sebagai 'dzatun nithaqain' oleh Rasulullah yang membawa erti
"wanita yang mempunyai dua tali pinggang", sebagai peringatan terhadap
peristiwa Hijrah yang menyaksikan pengorbanan dan keberanian Asma' yang
tiada tolok bandingannya. Beliau bersusah payah menyediakan bekalan
makanan dan minuman buat Rasulullah dan Abu Bakar Radhiallahu anhu di
saat genting seperti itu. Beliau mengoyakkan ikat pinggangnya kepada dua
untuk dijadikan tali pengikat untuk mengikat bekalan makanan dan
minuman tersebut, sehingga kerana peristiwa itu Rasulullah mendoakan
beliau agar digantikan tali pinggang tersebut dengan yang lebih baik dan
lebih indah di syurga kelak.
Tidak
hanya itu pengorbanan Asma Radhiallahu anha. Peristiwa hijrah ini turut
menyaksikan kekuatan berfikir dan perancangan strategi yang dimiliki
oleh seorang Muslimah hasil dari aktiviti politik dan kecemerlangan
berfikir yang diadun dengan ketaqwaan dan keimanan yang teguh. Asma'
Radhiallahu anha bukan sekadar menjadi penghantar makanan kepada dua
orang sahabat yang berperanan penting bagi umat Islam, malah beliau juga
menyampaikan berita-berita penting tentang rencana-rencana pihak musuh
terhadap kaum Muslimin. Dengan kehamilannya ketika itu, Asma' mengambil peranan
yang menjanjikan risiko tinggi, di mana bukan saja nyawanya menjadi
taruhan, malah lebih dari itu, nyawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa
Sallam dan ayahnya turut sama terancam. Memikirkan kemarahan musuh Islam
lantaran lolosnya Rasulullah dari kepungan, kafir Quraisy pastinya akan
berusaha bersungguh-sungguh mencari-cari Rasulullah Sallallahu Alaihi
wa Sallam untuk dibunuh kerana bencinya mereka terhadap dakwah Islam dan
pejuang-pejuangnya.
Di
saat-saat genting seperti itu, Asma' mampu meramal segala kemungkinan
yang bakal berlaku, dan dengan kecerdikan dan penuh perhitungan, beliau
berjalan menuju Gua Tsur sambil menggembala kambing-kambingnya berjalan
di belakangnya. Taktik ini dilakukan untuk mengaburi mata pihak musuh
kerana jejaknya terhapus oleh jejak-jejak kambing gembalaannya itu.
Tindakan ini belum tentu mampu dilakukan oleh seorang lelaki yang berani
sekalipun, lantaran hal tersebut bakal mengundang bahaya, kezaliman,
dan kekejaman orang-orang kafir Quraisy.
Permasalahan
ini tidak cukup sampai di situ. Setelah kejayaan Rasulullah dan Abu
Bakar keluar dari tempat persembunyian dan berhasil berhijrah ke
Madinah, Asma' Radhiallahu anha dan keluarganya didatangi beberapa orang
Quraisy, di antaranya Abu Jahal yang telah bertindak kasar menampar
pipi Asma’ Radhiallahu anha dengan sekali tamparan yang mengakibatkan
subangnya terlepas!. Asma' menjawab dengan penuh diplomasi saat beliau
ditanya tempat persembunyian Rasulullah dan ayahnya dengan berkata,"
Demi Allah, aku tidak tahu di mana ayahku berada sekarang!"
Hijrah
Asma' Radhiallahu anha dan suaminya ke Madinah berlaku selang beberapa
lama dari hijrah sebelumnya, di mana pada ketika itu Asma' sedang sarat
mengandungkan Abdullah bin Zubair dan hanya menanti detik-detik
kelahirannya. Perjalanan yang jauh dan berbahaya ditempuhi jua
sehinggalah angkatan para sahabat tiba di Quba'. Kelahiran anak pasangan
sahabat ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Dialah
bayi pertama yang dilahirkan di Madinah.
Sebaik-baik Ummu wa Rabbatul Bait
Seorang
muhajirah yang agung, antara wanita yang awal memeluk Islam, sangat
memuliakan suaminya meskipun Zubair hanya seorang pemuda miskin yang
tidak mampu menyediakan pembantu buatnya. Hatta tidak mempunyai harta
yang dapat melapangkan kehidupan keluarganya, melainkan hanya seekor
kuda yang dijaganya dengan baik. Beliaulah isteri yang sentiasa sabar
dan setia berkhidmat untuk suaminya, sanggup bekerja keras merawat dan
menumbuk sendiri biji kurma untuk makanan kuda suaminya di saat Zubair
sibuk menjalankan tugas-tugas yang diperintah Rasulullah kepadanya.
Di
dalam didikannya, keperibadian Abdullah bin Zubair dibentuk. Beliau
adalah susuk seorang ibu yang sangat memahami peranannya dalam
melahirkan generasi utama yang berkualiti, generasi yang menjadikan
kecintaan kepada Allah dan RasulNya di atas segala-galanya, sama ada
harta, isteri, keluarga mahupun segala jenis perbendaharaan dunia.
Beliau mencetak keperibadian generasi yang siap berjuang membela bendera
Islam dan kalimah La ilaha illallah Muhammad Rasulullah. Keperibadian
seperti ini terpancar jelas di dalam diri puteranya, Abdullah bin
Zubair. Hal ini dapat kita teladani melalui kisah pertemuan terakhir di
antara seorang ibu dan anak yang saling menyayangi dan mencintai satu
sama lain, semata-mata kerana kecintaan keduanya kepada Allah Subhanahu
wa Taala dan RasulNya.
Abdullah: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, wahai ibunda!
Asma':
Wa'alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh, ya Abdullah! Mengapa
engkau datang ke sini di saat-saat seperti ini? Padahal batu-batu besar
yang dilontarkan Hajjaj kepada tenteramu menggetarkan seluruh Kota
Mekah?
Abdullah: Aku hendak bermusyawarah dengan ibu
Asma': Tentang masalah apa?
Abdullah:
Tenteraku banyak meninggalkanku. Mereka membelot dariku ke pihak musuh.
Mungkin kerana mereka takut terhadap Hajjaj atau mungkin juga kerana
mereka menginginkan sesuatu yang dijanjikannya sehingga anak-anak dan
isteriku sendiri berpaling daripadaku. Sedikit sekali jumlah tentera
yang tinggal bersamaku. Sementara utusan Bani Umayyah menawarkan
kepadaku apa saja yang ku minta berupa kemewahan dunia asal saja aku
bersedia meletakkan senjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik
bin Marwan sebagai khalifah. Bagaimana pendapatmu wahai ibu?
Asma':
Terserah kepadamu Abdullah! Bukankah engkau sendiri yang mengetahui
tentang dirimu? Jika engkau yakin bahawa engkau mempertahankan yang haq
dan mengajak kepada kebenaran, maka teguhkanlah pendirianmu sepertimana
para perajuritmu yang telah gugur dalam mengibarkan bendera agama ini!
Akan tetapi, jika engkau menginginkan kemewahan dunia, sudah tentu
engkau adalah seorang anak lelakiku yang pengecut! dan bererti engkau
sedang mencelakakan dirimu sendiri dan menjual murah harga
kepahlawananmu selama ini, anakku!
Abdullah: Akan tetapi, aku akan terbunuh hari ini ibu.
Asma' : Itu lebih baik bagimu daripada kepalamu akan dipijak-pijak juga oleh budak-budak Bani Umayyah dengan mempermainkan janji-janji mereka yang sangat sukar untuk dipercayai!
Abdullah: Aku tidak takut mati, Ibu. Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang dan merobek-robek jenazahku dengan kejam!
Asma':
Tidak ada yang perlu ditakuti perbuatan orang hidup terhadap kita
sesudah kita mati. Kambing yang sudah disembelih tidak akan merasa sakit
lagi ketika kulitnya dikupas orang!
Abdullah:
Semoga Ibu diberkati Allah. Maksud kedatanganku hanya untuk mendengar
apa yang telah ku dengar dari ibu sebentar tadi. Allah Maha Mengetahui,
aku bukanlah orang yang lemah dan terlalu hina. Dia Maha Mengetahui
bahawa aku tidak akan terpengaruh oleh dunia dan segala kemewahannya.
Murka Allah bagi sesiapa yang meremehkan segala yang diharamkanNya.
Inilah aku, anak Ibu! Aku selalu patuh menjalani segala nasihat Ibu.
Apabila tewas, janganlah ibu menangisiku. Segala urusan dari kehidupan
Ibu, serahkanlah kepada Allah!
Asma': Yang ibu khuatirkan andainya engkau tewas di jalan yang sesat.
Abdullah:
Percayalah Ibu! Anakmu ini tidak pernah memiliki fikiran sesat untuk
berbuat keji. Anakmu ini tidak akan menyelamatkan dirinya sendiri dan
tidak memperdulikan orang-orang Muslim yang berbuat kebaikan. Anakmu ini
mengutamakan keredhaan ibunya. Aku mengatakan semua ini di hadapan ibu
dari hatiku yang putih bersih. Semoga Allah menanamkan kesabaran di
dalam sanubari Ibu.
Asma':
Alhamdulillah! segala puji bagi Allah yang telah meneguhkan hatimu
dengan apa yang disukaiNya dan yang Ibu sukai pula. Rapatlah kepada Ibu
wahai anakku, Ibu ingin mencium baumu dan menyentuhmu. Agaknya inilah
saat terakhir untuk ibu memelukmu..."
Abdullah:Jangan bosan mendoakan aku Ibu!
Sebelum
matahari terbenam di petang itu, Abdullah bin Zubair syahid menemui
Rabbnya. Dia kembali kerana mengutamakan redha Allah dan redha ibunya
yang beriman. Diriwayatkan, bahawa Al-Hajjaj berkata kepada Asma'
setelah Abdullah terbunuh :"Bagaimanakah engkau lihat perbuatanku
terhadap puteramu ?" Asma' menjawab :"Engkau telah merosak dunianya,
namun dia telah merosak akhiratmu." Asma' wafat di Mekkah dalam usia 100
tahun, sedang giginya tetap utuh, tidak ada yang tanggal dan akalnya
masih sempurna. [Mashaadirut Tarjamah : Thabaqaat Ibnu Saad, Taarikh
Thabari, Al-Ishaabah dan Siirah Ibnu Hisyam]. Semoga Allah meredhai kedua hambaNya, Asma' dan puteranya.
Khatimah
Inilah
sebuah teladan yang sangat berharga buat kita semua. Asma' Radiallahu
anha bukan sahaja menunjukkan keberaniannya, kepatuhannya kepada Allah,
suami dan ayahnya, juga pengorbanannya yang besar, sikap dermawannya dan
kecemerlangan berfikir yang menjadi cermin keperibadiannya. Bersama
suaminya, Zubair bin Awwam, terbentuklah keluarga sakinah, mawaddah wa
rahmah, bukan kerana harta yang melimpah ruah, tetapi limpahan
barakah dan rahmat dari Allah Subhanahu wa Taala kerana ahli
keluarganya yang menjadikan kecintaan mereka hanya kepada Allah dan
Rasul di atas kecintaan-kecintaan lainnya. Dari keluarga ini, lahirlah
seorang syuhada yang gagah berani, tidak takut terhadap apapun kecuali
Allah Subhanahu wa Taala Semoga kisah Asma’ Abu Bakar ini
akan sentiasa mekar di jiwa kita sebagai motivasi diri dalam menyemai
kecintaan serta menjalankan kewajipan terhadap Rabbul Izzati.
SUMBER :http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=189:ibu-teladan-asma-binti-abu-bakar-as-siddiq-dzatun-nithaqain&catid=14:kisah-kisah-sahabat&Itemid=75
SUMBER :http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=189:ibu-teladan-asma-binti-abu-bakar-as-siddiq-dzatun-nithaqain&catid=14:kisah-kisah-sahabat&Itemid=75
Thursday, 31 May 2012
SALMAN AL-FARISY PENCARI KEBENARAN
Sesungguhnya sesiapa yang mencari kebenaran, pasti akan menemuinya. Kisah ini adalah kisah benar pengalaman seorang manusia mencari agama yang benar (hak), iaitu pengalaman Salman Al Farisy
Marilah
kita semak Salman menceritakan pengalamannya selama mengembara mencari
agama yang hak itu. Dengan ingatannya yang kuat, ceritanya lebih
lengkap, terperinci dan lebih terpercaya. seorang sahabat Rasulullah
saw.
Dari Abdullah
bin Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berkata, "Salman al-Farisi Radhiyallahu
'Anhu menceritakan biografinya kepadaku dari mulutnya sendiri. Kata
Salman, "Saya pemuda Parsi, penduduk kota Isfahan, berasal dari desa
Jayyan. Bapaku pemimpin Desa. Orang terkaya dan berkedudukan tinggi di
situ. Aku adalah insan yang paling disayangi ayah sejak dilahirkan.
Kasih sayang beliau semakin bertambah seiring dengan peningkatan usiaku,
sehingga kerana teramat sayang, aku dijaga di rumah seperti anak gadis.
Aku mengabdikan diri dalam Agama Majusi (yang dianut ayah dan bangsaku). Aku ditugaskan untuk menjaga api penyembahan kami supaya api tersebut sentiasa menyala.
Ayahku
memiliki kebun yang luas, dengan hasil yang banyak Kerana itu beliau
menetap di sana untuk mengawasi dan memungut hasilnya. Pada suatu hari
bapa pulang ke desa untuk menyelesaikan suatu urusan penting. Beliau
berkata kepadaku, "Hai anakku! Bapa sekarang sangat sibuk. Kerana itu
pergilah engkau mengurus kebun kita hari ini menggantikan Bapa.''
Aku
pergi ke kebun kami. Dalam perjalanan ke sana aku melalui sebuah gereja
Nasrani. Aku mendengar suara mereka sedang sembahyang. Suara itu sangat
menarik perhatianku.
Sebenarnya
aku belum mengerti apa-apa tentang agama Nasrani dan agama-agama lain.
Kerana selama ini aku dikurung bapa di rumah, tidak boleh bergaul dengan
siapapun. Maka ketika aku mendengar suara mereka, aku tertarik untuk
masuk ke gereja itu dan mengetahui apa yang sedang mereka lakukan. Aku kagum dengan cara mereka bersembahyang dan ingin menyertainya.
Kataku,
"Demi Allah! ini lebih bagus daripada agama kami."Aku tidak berganjak
dari gereja itu sehinggalah petang. Sehingga aku terlupa untuk ke kebun.
Aku bertanya kepada mereka, "Dari mana asal agama ini?"
"Dari Syam (Syria)," jawab mereka.
Setelah hari senja, barulah aku pulang. Bapa bertanyakan urusan kebun yang ditugaskan beliau kepadaku.
Jawabku,
"Wahai, Bapa! Aku bertemu dengan orang sedang sembahyang di gereja. Aku
kagum melihat mereka sembahyang. Belum pernah aku melihat cara orang
sembahyang seperti itu. Kerana itu aku berada di gereja mereka sampai
petang."
Bapa
menasihati akan perbuatanku itu. Katanya, "Hai, anakku! Agama Nasrani
itu bukan agama yang baik. Agamamu dan agama nenek moyangmu (Majusi)
lebih baik dari agama Nasrani itu!"
Jawabku, "Tidak! Demi Allah! Sesungguhnya agama merekalah yang lebih baik dari agama kita."
Bapa
khuatir dengan ucapanku itu. Dia takut kalau aku murtad dari agama
Majusi yang kami anuti. Kerana itu dia mengurungku dan membelenggu
kakiku dengan rantai.
Ketika
aku beroleh kesempatan, kukirim surat kepada orang-orang Nasrani minta
tolong kepada mereka untuk memaklumkan kepadaku andai ada kafilah yang akan
ke Syam supaya memberitahu kepadaku. Tidak berapa lama kemudian, datang
kepada mereka satu kafilah yang hendak pergi ke Syam. Mereka
memberitahu kepadaku.
Maka
aku berusaha untuk membebaskan diri daripada rantai yang membelengu
diriku dan melarikan diri bersama kafilah tersebut ke Syam.
Sampai di sana aku bertanya kepada mereka, "Siapa kepala agama Nasrani di sini?"
"Uskup yang menjaga "jawab mereka.
Aku
pergi menemui Uskup seraya berkata kepadanya, "Aku tertarik masuk agama
Nasrani. Aku bersedia menadi pelayan anda sambil belajar agama dan
sembahyang bersama-sama anda."
'Masuklah!" kata Uskup.
Aku masuk, dan membaktikan diri kepadanya sebagai pelayan.
Setelah
beberapa lama aku berbakti kepadanya, tahulah aku Uskup itu orang
jahat. Dia menganjurkan jama'ahnya bersedekah dan mendorong umatnya
beramal pahala. Bila sedekah mereka telah terkumpul, disimpannya saja
dalam perbendaharaannya dan tidak dibahagi-bahagikannya kepada fakir
miskin sehingga kekayaannya telah berkumpul sebanyak tujuh peti emas.
Aku
sangat membencinya kerana perbuatannya yang mengambil kesempatan untuk
mengumpul harta dengan duit sedekah kaumnya. tidak lama kemudian dia
meninggal. Orang-orang Nasrani berkumpul hendak menguburkannya.
Aku
berkata kepada mereka, 'Pendeta kalian ini orang jahat. Dianjurkannya
kalian bersedekah dan digembirakannya kalian dengan pahala yang akan
kalian peroleh. Tapi bila kalian berikan sedekah kepadanya disimpannya
saja untuk dirinya, tidak satupun yang diberikannya kepada fakir
miskin."
Tanya mereka, "Bagaimana kamu tahu demikian?"
Jawabku, "Akan kutunjukkan kepada kalian simpanannya."
Kata mereka, "Ya, tunjukkanlah kepada kami!"
Maka
kuperlihatkan kepada mereka simpanannya yang terdiri dan tujuh peti,
penuh berisi emas dan perak. Setelah mereka saksikan semuanya, mereka
berkata, "Demi Allah! Jangan dikuburkan dia!"
Lalu
mereka salib jenazah uskup itu, kemudian mereka lempari dengan batu.
Sesudah itu mereka angkat pendeta lain sebagai penggantinya. Akupun
mengabdikan diri kepadanya. Belum pernah kulihat orang yang lebih zuhud
daripadanya. Dia sangat membenci dunia tetapi sangat cinta kepada
akhirat. Dia rajin beribadat siang malam. Kerana itu aku sangat
menyukainya, dan lama tinggal bersamanya.
Ketika
ajalnya sudah dekat, aku bertanya kepadanya, "Wahai guru! Kepada siapa
guru mempercayakanku seandainya guru meninggal. Dan dengan siapa aku
harus berguru sepeninggalan guru?"
Jawabnya,
"Hai, anakku! Tidak seorang pun yang aku tahu, melainkan seorang
pendeta di Mosul, yang belum merubah dan menukar-nukar ajaran-ajaran
agama yang murni. Hubungi dia di sana!"
Maka
tatkala guruku itu sudah meninggal, aku pergi mencari pendeta yang
tinggal di Mosul. Kepadanya kuceritakan pengalamanku dan pesan guruku
yang sudah meninggal itu.
Kata pendeta Mosul, "Tinggallah bersama saya."
Aku
tinggal bersamanya. Ternyata dia pendeta yang baik. Ketika dia hampir
meninggal, aku berkata kepada nya, "Sebagaimana guru ketahui, mungkin
ajal guru sudah dekat. Kepada siapa guru mempercayai seandainya guru sudah tiada?"
Jawabnya, "Hai, anakku! Demi Allah! Aku tak tahu orang yang seperti kami, kecuali seorang pendeta di Nasibin. Hubungilah dia!"
Ketika
pendeta Mosul itu sudah meninggal, aku pergi menemui pendeta di
Nasibin. Kepadanya kuceritakan pengalamanku serta pesan pendeta Mosul.
Kata pendeta Nasibin, "Tinggallah bersama kami!"
Setelah
aku tinggal di sana, ternyata pendeta Nasibin itu memang baik. Aku
mengabdi dan belajar dengannya sehinggalah beliau wafat. Setelah ajalnya
sudah dekat, aku berkata kepadanya, "Guru sudah tahu perihalku maka
kepada siapa harusku berguru seandainya guru meninggal?"
Jawabnya,
"Hai, anakku! Aku tidak tahu lagi pendeta yang masih memegang teguh
agamanya, kecuali seorang pendeta yang tinggal di Amuria. Hubungilah
dia!"
Aku pergi menghubungi pendeta di Amuria itu. Maka kuceritakan kepadanya pengalamanku.
Katanya, "Tinggallah bersama kami!
Dengan
petunjuknya, aku tinggal di sana sambil mengembala kambing dan sapi.
Setelah guruku sudah dekat pula ajalnya, aku berkata kepadanya, "Guru
sudah tahu urusanku. Maka kepada siapakah lagi aku akan anda percayai
seandainya guru meninggal dan apakah yang harus kuperbuat?"
Katanya,
"Hai, anakku! Setahuku tidak ada lagi di muka bumi ini orang yang
berpegang teguh dengan agama yang murni seperti kami. Tetapi sudah
hampir tiba masanya, di tanah Arab akan muncul seorang Nabi yang diutus
Allah membawa agama Nabi Ibrahim.
Kemudian
dia akan berpindah ke negeri yang banyak pohon kurma di sana, terletak
antara dua bukit berbatu hitam. Nabi itu mempunyai ciri-ciri yang jelas.
Dia mahu menerima dan memakan hadiah, tetapi tidak mahu menerima dan
memakan sedekah. Di antara kedua bahunya terdapat tanda kenabian. Jika
engkau sanggup pergilah ke negeri itu dan temuilah dia!"
Setelah
pendeta Amuria itu wafat, aku masih tinggal di Amuria, sehingga pada
suatu waktu segerombolan saudagar Arab dan kabilah "Kalb" lewat di sana.
Aku berkata kepada mereka, "Jika kalian mahu membawaku ke negeri Arab,
aku berikan kepada kalian semua sapi dan kambing-kambingku."
Jawab mereka, "Baiklah! Kami bawa engkau ke sana."
Maka
kuberikan kepada mereka sapi dan kambing peliharaanku semuanya. Aku
dibawanya bersama-sama mereka. Sesampainya kami di Wadil Qura aku ditipu
oleh mereka. Aku dijual kepada seorang Yahudi. Maka dengan terpaksa aku
pergi dengan Yahudi itu dan berkhidmat kepadanya sebagai hamba. Pada
suatu hari anak saudara majikanku datang mengunjunginya, iaitu Yahudi
Bani Quraizhah, lalu aku dibelinya daripada majikanku.
Aku berpindah ke
Yastrib dengan majikanku yang baru ini. Di sana aku melihat banyak
pohon kurma seperti yang diceritakan guruku, Pendeta Amuria. Aku yakin
itulah kota yang dimaksud guruku itu. Aku tinggal di kota itu bersama
majikanku yang baru.
Ketika
itu Nabi yang baru diutus sudah muncul. Tetapi baginda masih berada di
Makkah menyeru kaumnya. Namun begitu aku belum mendengar apa-apa tentang
kehadiran serta da'wah yang baginda sebarkan kerana aku terlalu sibuk
dengan tugasku sebagai hamba.
Tidak
berapa lama kemudian, Rasulullah saw. berpindah ke Yastrib. Demi Allah!
Ketika itu aku sedang berada di puncak pohon kurma melaksanakan tugas
yang diperintahkan majikanku. Dan majikanku itu duduk di bawah pohon.
Tiba-tiba datang anak saudaranya mengatakan, "Biar mampus Bani Qaiah!(
kabilah Aus dan Khazraj) Demi Allah! Sekarang mereka berkumpul di Quba'
menyambut kedatangan lelaki dari Makkah yang mendakwa dirinya Nabi."
Mendengar
ucapannya itu badanku terasa panas dingin seperti demam, sehingga aku
menggigil kerananya. Aku kuatir akan jatuh dan tubuhku akan menimpa
majikanku. Aku segera turun dari puncak ponon, lalu bertanya kepada tamu
itu, "Apa kabar anda? Cubalah khabarkan kembali kepadaku!"
Majikanku marah dan memukulku seraya berkata, "Ini bukan urusanmu! Kerjakan tugasmu kembali!"
Keesokannya aku mengambil buah kurma seberapa banyak yang mampu kukumpulkan. Lalu kubawa ke hadapan Rasulullah saw..
Kataku "Aku tahu tuan orang soleh. Tuan datang bersama-sama sahabat tuan
sebagai perantau. Inilah sedikit kurma dariku untuk sedekahkan kepada
tuan. Aku lihat tuanlah yang lebih berhak menerimanya daripada yang
lain-lain." Lalu aku hulurkan kurma itu ke hadapannya.
Baginda
berkata kepada para sahabatnya, "silakan kalian makan,...!" Tetapi
baginda tidak menyentuh sedikit pun makanan itu apalagi untuk
memakannya.
Aku berkata dalam hati, "Inilah satu di antara ciri cirinya!"
Kemudian
aku pergi meninggalkannya dan kukumpulkan pula sedikit demi sedikit
kurma yang terdaya kukumpulkan. Ketika Rasulullah saw. pindah dari Quba'
ke Madinah, kubawa kurma itu kepada baginda.
Kataku, "Aku lihat tuan tidak mahu memakan sedekah. Sekarang kubawakan sedikit kurma, sebagai hadiah untuk tuan."
Rasulullah
saw. memakan buah kurma yang kuhadiahkan kepadanya. Dan baginda
mempersilakan pula para sahabatnya makan bersama-sama dengannya. Kataku
dalam hati, "ini ciri kedua!"
Kemudian
kudatangi baginda di Baqi', ketika baginda menghantar jenazah sahabat
baginda untuk dimakamkan di sana. Aku melihat baginda memakai dua helai
kain. Setelah aku memberi salam kepada baginda, aku berjalan
mengekorinya sambil melihat ke belakang baginda untuk melihat tanda
kenabian yang dikatakan guruku.
Agaknya
baginda mengetahui maksudku. Maka dijatuhkannya kain yang menyelimuti
belakangnya, sehingga aku melihat dengan jelas tanda kenabiannya.
Barulah aku yakin, dia adalah Nabi yang baru diutus itu. Aku terus memeluk bagindanya, lalu kuciumi dia sambil menangis.
Tanya Rasulullah, "Bagaimana khabar Anda?"
Maka
kuceritakan kepada beliau seluruh kisah pengalamanku. Beliau kagum dan
menganjurkan supaya aku menceritakan pula pengalamanku itu kepada para
sahabat baginda. Lalu kuceritakan pula kepada mereka. Mereka sangat
kagum dan gembira mendengar kisah pengalamanku.
Berbahagilah
Salman Al-Farisy yang telah berjuang mencari agama yang hak di setiap
tempat. Berbahagialah Salman yang telah menemukan agama yang hak, lalu
dia iman dengan agama itu dan memegang teguh agama yang diimaninya itu.
Berbahagialah Salman pada hari kematiannya, dan pada hari dia
dibangkitkan kembali kelak.
Salman
sibuk bekerja sebagai hamba. Dan kerana inilah yang menyebabkan Salman
terhalang mengikuti perang Badar dan Uhud. "Rasulullah saw. suatu hari
bersabda kepadaku, "Mintalah kepada majikanmu untuk bebas, wahai
Salman!" Maka majikanku membebaskan aku dengan tebusan 300 pohon kurma
yang harus aku tanam untuknya dan 40 uqiyah.
Kemudian
Rasulullah saw. mengumpulkan para sahabat dan bersabda, "Berilah
bantuan kepada saudara kalian ini." Mereka pun membantuku dengan memberi
pohon (tunas) kurma. Seorang sahabat ada yang memberiku 30 pohon, atau
20 pohon, ada yang 15 pohon, dan ada yang 10 pohon, setiap orang sahabat
memberiku pohon kurma sesuai dengan kadar kemampuan mereka, sehingga
terkumpul benar-benar 300 pohon.
Setelah
terkumpul Rasulullah saw. bersabda kepadaku, "Berangkatlah wahai Salman
dan tanamlah pohon kurma itu untuk majikanmu, jika telah selesai
datanglah kemari aku akan meletakkannya di tanganku."
Aku
pun menanamnya dengan dibantu para sahabat. Setelah selesai aku
menghadap Rasulullah saw. dan memberitahukan perihalku, Kemudian
Rasulullah saw. keluar bersamaku menuju kebun yang aku tanami itu. Kami
dekatkan pohon (tunas) kurma itu kepada baginda dan Rasulullah saw.
pun meletakkannya di tangan baginda. Maka, demi jiwa Salman yang berada
di tanganNya, tidak ada sebatang pohon pun yang mati.
Untuk tebusan pohon kurma sudah dipenuhi, aku masih mempunyai tanggungan wang sebesar 40 uqiyah. Kemudian Rasulullah saw. membawa emas sebesar telur ayam hasil dari rampasan perang. Lantas baginda bersabda, "Apa yang telah dilakukan Salman al-Farisi?"
Kemudian aku dipanggil baginda, lalu baginda bersabda, "Ambillah emas ini, gunakan untuk melengkapi tebusanmu wahai Salman!"
"Wahai Rasulullah saw., bagaimana status emas ini bagiku? Soalku inginkan kepastian daripada baginda.
Rasulullah
menjawab, "Ambil saja! Insya Allah, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan
memberi kebaikan kepadanya." Kemudian aku menimbang emas itu. Demi jiwa
Salman yang berada di tanganNya, berat ukuran emas itu 40 uqiyah.
Kemudian aku penuhi tebusan yang harus aku serahkan kepada majikanku,
dan aku dimerdekakan.
Setelah
itu aku turut serta bersama Rasulullah saw. dalam perang Khandaq, dan
sejak itu tidak ada satu peperangan yang tidak aku ikuti.'
(HR. Ahmad, 5/441; ath-Thabrani dalam al-Kabir(6/222); lbnu Sa'ad dalamath-Thabagat, 4/75; al-Balhaqi dalam al-kubra, 10/323.)
KETAKUTAN HAZRAT ABU BAKAR r.a TERHADAP ALLAH S.W.T
Menurut ijma' (kata sepakat) ahli sunnah wal jama'ah, Hazrat Abu Bakar r.a ialah lelaki yang paling afdal selepas para nabi a.s. Kedudukan beliau sebagai ahli syurga sudah pasti. Nabi sendiri pernah memberi berita gembira kepada beliau tentang kedudukan beliau di dalam syurga. Bahkan diberitahu bahawa beliau akan menjadi ketua kepada satu kumpulan ahli syurga. Semua pintu syurga akan menyeru dan memanggil nama beliau.
Baginda pernah bersabda, "Abu Bakar ialah orang yang mula-mula sekali akan memasuki syurga di kalangan umatku."
Walaupun mempunyai segala kelebihan ini, kadang-kadang beliau berkata. "Alangkah baik andainya aku sebatang pokok yang akan ditebang."
Kadang-kadang beliau berkata. "Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan seorang mukmin."
Hazrat Rabi'ah Aslami r.a menceritakan, "Pernah sekali berlaku pertengkaran antara saya dengan Hazrat Abu Bakar r.a kerana sesuatu perkara. Beliau telah mengatakan sesuatu yang kasar terhadap saya yang saya tidak suka. Beliau segera menyedari keadaan itu dan berkata kepada saya, "Engkau pun katakanlah perkataan itu kepada saya supaya menjadi balasan terhadap saya.
Saya enggan mengatakan perkataan itu. Maka beliau pun berkata, "Sama ada engkau katakan perkataan itu kepada saya atau pun saya akan pergi dan ajukan perkara ini kepada Rasulullah s.a.w,
Saya tetap enggan daripada menyuarakan sebarang jawapan. Lantas beliau telah bangun dan terus pergi. Beberapa orang daripada Banu Aslam datang dan berkata, "Adakah ini satu perbuatan yang wajar? Dia yang membuat kesilapan dan dia juga yang Ingin adukan kepada Rasulullah s.a.w"
Saya menjawab, "Adakah kamu mengetahui siapa beliau? Beliaulah Hazrat Abu Bakar Siddiq: Sekiranya beliau merajuk denganku maka Rasul yang dikasihi Allah s.w.t juga akan memarahi aku. Dengan kemarahan Baginda s.a.w, Allah s.a.w juga akan memurkai aku. Jika demikian, tidak ada apa-apa keraguan lagi pada kebinasaan Rabi'ah."
Selepas itu saya pergi menemui Rasulullah dan menceritakan peristiwa tadi. Baginda s.a.w pun bersabda, "Tindakan kamu itu betul, memang sepatutnya engkau tidak menjawab dan tidak membalas terhadap, beliau. Cuma sebagai ganti katakanlah, "Wahai Abu Bakar, semoga Allah mengampuni kamu."
Keterangan
Demikian
itulah sifat ketakutan Hazrat Abu Bakar r.a kepada Allah s.a.w. Beliau
begitu risau dan mengambil berat tentang satu perkataan yang remeh
sehingga pada mulanya beliau sendiri yang meminta supaya dibalasi dan
kemudian dengan perantaraan Rasulullah s.a.w, beliau ingin supaya
Hazrat Rabi'ah r.a mengambil tindakan balas. Pada hari ini, sungguhpun
banyak perkataan yang kita ucapkan antara satu sama lain namun kita
tidak pun terfikir yang kita akan dibalasi atau pun kita akan dihisab
di akhirat nanti.
SALMAN AL-FARISI PEMIMPIN YANG RENDAH DIRI
Salman
Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah saw.
Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah di masa hidupnya, Salman telah
diberi jawatan sebagai Gabenor di salah sebuah jajahan takluk Islam.
Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah
keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap
kemewahan dunia. Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa
mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya
melakukan suatu kerja yang berat. Orang itu menjumpai Salman ketika
berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh
Salman memikulnya sampai ke rumah.
Tanpa
banyak soal Salman terus memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang
lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat
Salman memikul karung. Lalu berkata: "Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini."
Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang
dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu
menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi
Salman menjawab: "Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan".
Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang
sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darjat kedudukan.
SAIYIDINA HASSAN DAN PEMUDA BADWI
Saiyidina
Hassan bin Ali r.a., adalah seorang tokoh Islam yang sangat dicintai
oleh umat Islam. Sebagai seorang cucu Rasulullh saw. beliau adalah
ibarat permata di zaman hidupnya kerana memiliki budi pekerti yang mulia
dan terpuji.
Pada
suatu hari sedang Saiyidina Hassan duduk di muka pintu rumahnya,
tiba-tiba datang seorang pemuda badwi, lalu mencacinya dan juga kedua
ibu bapanya. Anehnya, Saiyidina Hassan hanya mendengar sahaja tanpa
sedikit pun berubah air mukanya, atau membalas kata-katanya itu.
Saiyidina Hassan berkata kepada orang itu: "Wahai badwi, adakah engkau lapar atau dahaga? atau adakah sesuatu yang merungsingkan hati engkau?."
Tanpa mempedulikan kata-kata Saiyidina Hassan, badwi itu terus memaki
hamunnya.Oleh itu Saiyidina Hassan pun menyuruh pembantu rumahnya
membawa uncang yang berisi wang perak lantas diberikannya kepada badwi
itu dan berkata: "Wahai badwi, maafkanlah saya. Inilah sahaja yang saya miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikannya dari padamu."
Sikap dan layanan
Saiyidina Hassan itu akhirnya berjaya melembutkan hati badwi tersebut.
Badwi itu menangis teresak-esak lantas sujud di kaki Saiyidina Hassan
dan berkata: "Wahai cucu baginda Rasulullah saw. maafkanlah aku kerana
berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja melakukan begini untuk
menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu baginda Rasulullh saw.
yang aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau mempunyai budi
pekerti yang mulia sekali."
Wednesday, 28 March 2012
"Sesungguhnya
ALLAH sukakan bersin dan benci pada menguap, Jika seorang dari kamu
bersin dan memuji ALLAH, hendaklah orang yang mendengarnya mengucapkan
"Yarhamukallah"...Sedangkan menguap itu dari syaitan, jika kamu menguap
hendaklah kamu menahannya sedapat mungkin, kerana apabila menguap,
syaitan akan ketawa melihatnya" HR Bukhari..
Thursday, 1 March 2012
LA TAHZAN
❤•.¸¸.•´¯`❤•. .•.¸¸. ❤•´¯`•. ❤•.¸¸.•´¯`❤•. .•.¸¸. ❤•´¯`•. ❤❤•.¸¸.•´¯`❤•. .•
Jika kamu tak memiliki kecantikan paras rupa, Jgn gundah gulana, ianya tak menjamin Syurga,
Sabda Nabi s.a.w: "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu, tetapi ia melihat hati dan amalan kamu"~Hadis Riwayat Muslim
❤•.¸¸.•´¯`❤•. .•.¸¸. ❤•´¯`•. ❤•.¸¸.•´¯`❤•. .•.¸¸. ❤•´¯`•. ❤❤•.¸¸.•´¯`❤•. .•
Jika kamu tak memiliki kecantikan paras rupa, Jgn gundah gulana, ianya tak menjamin Syurga,
Andainya jua dirimu tak berpangkat, tak berharta,
Bukannya bermakna hidupmu menempah Neraka,
Tapi, andainya bererti amalan
dan hatimu mulia, Pasti tinggi kedudukanmu di pandangan Nya..Sabda Nabi s.a.w: "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu, tetapi ia melihat hati dan amalan kamu"~Hadis Riwayat Muslim
❤•.¸¸.•´¯`❤•. .•.¸¸. ❤•´¯`•. ❤•.¸¸.•´¯`❤•. .•.¸¸. ❤•´¯`•. ❤❤•.¸¸.•´¯`❤•. .•
Subscribe to:
Posts (Atom)